Monday, December 23, 2013 4:03 PM

[Kerajaan] Bantuan BR1M 2014 dibuka hari ini, 23 Disember 2014

Assalamualaikum semua,

BR1M 2014 secara rasminya sudah boleh dipohon mulai hari ini, 23 Disember 2013 sehingga 31 Januari 2013. Dengan berkonsepkan "Mensejahterakan Kehidupan Rakyat", maka BR1M 3.0 bagi tahun 2014 boleh didapati secara online di:

atau secara offline di:
  • Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan


Mungkin bukan semua orang akan memohon bantuan BR1M 3.0 ini, tetapi admin merasakan ia dapat meringankan beban sesetengah keluarga atau individu terutamanya kedatangan BR1M 3.0 pada hujung tahun sehinggalah awal tahun depan cukup sesuai dan strategik, sebabnya akhir-akhir tahun ini bagi yang mempunyai tanggungan anak ke sekolah mungkin sekaligus meringankan beban hutang-hutang lain dan pelbagai persiapan menjelang tahun 2014.

Admin menasihatkan tidak salah untuk memohon, borang pun boleh didapati secara percuma. Bagus kan?

Apalagi jom kita memohon BR1M 3.0, diharap bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan bahu kita walaupun cuma sedikit tetapi tidak rugi =)



About Unknown

Here you can share some biographical information next to your profile photo. Let your readers know your interests and accomplishments.

No comments:

Post a Comment

Followers

Powered by Blogger.